Monday, December 19, 2011

KENAPA WAJIB BERPEGANG KEPADA MAZHAB SYAFIE.(Dalam konteks Malaysia)

Kebiasaanyanya orang awam tidak mampu menguasai ilmu sehingga ke peringkat mujtahid, maka mereka hendaklah mengikut mazhab secara keseluruhan tampa boleh menukarnya. Seseorang yang bukan ahli ijtihad (cerdik pandai dalam ilmu kaedah hukum Islam) adalah wajib mengikut satu mazhab sahaja.Akan wujud masalah yang lebih besar andai orang yang belajar melalui 'dengar-dengar' mengamalkan sesuatu ibadah yang dirasakan mudah tanpa memahami tujuan dan maqasid hukumnya.Sengaja mencapur adukkan pelbagai pandangan dari mazhab berbeza atas dasar suka2 adalah dilarang kerana dikira mempermudahkan urusan agama.
Di Malaysia,kesemua masjid-masjid,surau,pondok2,buku-buku agama ataupun di radio2 dan televisyen mengajar secara spesifik tentang mazhab syafie.Dan tenaga-tenaga pengajar(ustaz) yang ada diserata malaysia lebih mendalami dan mahir dalam mazhab syafie,malah bermula dari kecil sehinggalah dewasa juga kita semua telah didedahkan dengan mazhab syafie.Maka atas kesemua sebab-sebab ini juga lah TIDAK melayakkan kita untuk berpegang kepada mazhab lain.Kerana tiadalah sumber guru yang boleh mengajar kita sedalam-dalamnya tentang mazhab selain dari mazhab syafie di Malaysia.Maka dalam konteks Malaysia,WAJIB untuk kita berpegang pada pandangan mazhab syafie.

No comments:

Post a Comment