Thursday, March 8, 2012

Fadhilat membaca surah Al-Mulk

SURAH Al Mulk (beerti Kuasa Pemerintahan) merupakan Surah yang ke-67 di dalam Al Quran, mengandungi 30 ayat. Di antara isi kandungannya ditegaskan tentang kekuasaan mutlak Allah s.w.t. iaitu menguasai pemerintahan dunia dan akhirat. Seluruh alam telah diciptakan-Nya begitu rapi tanpa sebarang cacat celanya. Di akhirat kelak, mereka yang kufur ingkar akan mendapat balasan azab yang amat buruk dan menggerunkan. Mereka yang mentaati Allah akan mendapat keampunan dan balasan yang sebaik-baiknya.
Terdapat banyak hadis Rasulullah s.a.w. yang menyatakan tentang fadhilat, faedah dan hikmah bagi mereka yang mengamalkan membaca surah Al-Mulk ini. Di antaranya diriwayatkan oleh Abu Daud, At Tarmizi, An Nasa’i dan Ibnu Majah dari Abu Hurairah yang bermaksud:
“Sesungguhnya di dalam Al Quran terdapat tiga puluh ayat yang kandungannya akan memberi syafaat kepada orang yang membacanya sehingga ia akan mendapat keampunan dosanya iaitu Surah Al Mulk.”
Daripada Ibnu Abbas r.a., seseorang sahabat Rasulullah s.a.w. menceritakan ia telah mendirikan khemah di atas kubur yang beliau tidak ketahui. Dari kuburan itu beliau terdengar suara orang membaca surah Al-Mulk sehingga khatam; beliau lalu menemui baginda dan berkata: “Wahai Rasulullah, saya dirikan khemah di atas sebuah kubur yang saya tidak ketahui, saya mendengar seorang sedang membaca Surah Al Mulksehingga khatam.”
Maka Nabi s.a.w. bersabda: “Itulah yang menahan (Al-Maa’inah) dan yangmenyelamatkan (Al-Manjiah) dia dari siksa kubur.”
(HR At Tarmizi)
Daripada Jabir r.a., sesungguhnya Rasulullah s.a.w. tidak akan tidur sehingga baginda membaca surah Alif Lam Miim Al Sajdah dan Al Mulk.
(HR At Tarmizi)
Daripada Anas Ibnu Malik berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Satu surah di dalam Al Quran menghadiahkan kepada pembacanya sehingga memasukkannya ke dalam syurga iaitu Tabarak-al-llazhi.”(Surah Al-Mulk)
(HR At Tabrani)
An-Nasa’i juga meriwayatkan dari Ibnu Mas’ud bahawa Rasullullah s.a.w. bersabda:“Sesiapa yang membaca Surah Al Mulk setiap malam maka Allah mencegahnya daripada azab kubur.”
Tentang surah ini ada satu riwayat yang lain menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Hatiku menghendaki supaya surah ini berada didalam setiap hati orang-orang yang beriman.”
Mengikut satu hadis, seseorang yang membaca dua surah iaitu Tabarak-al-lazhi dan Alif-Lam-Mim-Sajdah di antara sembahyang Maghrib dan Isya adalah seumpama sesorang yang berdiri sembahyang untuk sepanjang malam Lailatul-Qadar. Adalah diberitakan juga bahawa jika seseorang itu membaca dua surah ini, tujuh puluh kelebihan akan diperolehinya dan tujuh-puluh dosa-dosa akan dihapuskan. Mengikut riwayat yang lain, jika seseorang itu membaca dua surah ini, ganjaran pahalanya adalah menyamai orang yang berdiri sembahyang sepanjang malam ‘Lailatul-Qadar’. Ini juga telah disebutkan di dalam Mazahir.
Ta’us rahmatullah ‘alaih telah berkata: “Kedua-dua surah ini mendatangkan enam-puluh kelebihan-kelebihannya yang mengatasi daripada segala surah-surah.”
Siksaan di dalam kubur bukanlah satu perkara yang biasa. Setelah meninggal dunia, tingkat pertama seseorang itu mesti lalui ialah alam barzakh. Apabila Saidina Uthman r.a. berdiri diatas sebuah kubur, ia akan menangis dengan begitu sekali sehinggalah janggutnya dibasahi air-matanya. Seseorang telah bertanya kepadanya mengapakah menangis begitu rupa jika disebut kubur daripada disebutkan Syurga atau Neraka.
Ia menjawab, “Aku telah mendengar dari Rasulullah s.a.w. bahawa kuburlah tempat persinggahan yang pertama untuk menuju akhirat. Barangsiapa terselamat daripada azabnya , peristiwa-peristiwa selanjutnya akan mudah baginya. Dan sesiapa yang tidak selamat daripada azab di dalamnya, kepadanya peristiwa yang akan datang kelak menjadikan lebih sukar sekali. Dan daku juga mendengar bahawa tidak ada satu gambaran yang lebih menakutkan dan menggerunkan selain daripada apa yang ada didalam kubur.”
Ya Allah ! Selamatkanlah kami daripada azab-Mu dengan keampunan-Mu..

Tuesday, January 24, 2012

Kelebihan Al Mathurat

PENGERTIAN DAN KEUTAMAAN AL-MA'THURAT

1. Al- Ma'thurat merupakan wirid dan doa harian yang diamalkan oleh Rasulullah SAW. Baginda adalah orang yang paling mengetahui betapa besarnya ganjaran yang diperolehi dari amalan doa dan wirid tersebut...

2. Wirid, doa, zikir dan istighfar dalam Al- Ma'thurat ini akan memantapkan jiwa di samping memiliki keutamaan dalam segala aspek kehidupan. Mendidik hati agar sentiasa merindui kepada Ilahi dan memberi kelapangan hidup dan kesihatan jasmani...

3. Bagi seorang muslim masanya tidak berlalu begitu saja. Dikala pagi dan petang ia sentiasa bertasbih, istighfar, tahmid dan berdoa kepada Allah dengan zikir yang ma'thur ( yg berasal daripada Nabi SAW )...

4. Jika sesiapa mengamalkan zikir Al- Ma'thurat ini akan merasakan perbezaannya dengan hari2 yang tidak dimulakan dengan zikir Al- Ma'thurat. Begitulah kekuatan doa2 dan wirid dalam Al- Ma'thurat ini sebagai senjata mukmin...

Beramallah sesuai dengan ajaran Islam, isitu seperti yang diamalkan oleh Rasulullah SAW. Orang2 mukmin yg sejati akan mengisi ruang masanya dengan berbagai amalan dan ibadah yang akan mendekatkan dirinya dengan Allah SWT. Bibirnya sentiasa basah dalam berzikir, membesarkan dan mengagungkan Allah Yang Maha Mulia, kemudian berdoa untuk mengharapkan keredhaan Rabb. Tiada sesuati yang lebih beerti dlm kehidupan seorang insan melainkan mendapatkan keredhaan Allah...

Setiap individu baik sebagai pemimpin dalam rumah tangga, masyarakat dan negara serta para pendakwah hendaklah mengamalkan dan menghayati zikir Al-Ma'thurat dengan membaca zikir2 yang diamalkan oleh Rasulullah ini beerti kita telah membentengi diri kita dengan senjata yg kukuh, sehingga terhindar dari gangguan syaitan yang terkutuk.




Oleh sebab itu Al- Syahid Imam Hassan Al Banna telah membina jalan yang baik untuk mengikut sunnah Rasulullah SAW. Beliau telah memilih dan menyusun al- Ma'thurat dgn mengharapkan bimbingan daripada Allah SWT agar terhindar daripada gangguan syaitan yang penuh angkara murka. Maka alangkah baik setiap diri muslim mengamalkan zikir al-Ma'thurat ini pada setiap pagi dan petang, siang dan malam.

Al- Ma'thurat dimulai dengan ucapan " Aku bermohon perlindungan Allah, Maha Mendengar, Maha Mengetahui dari setiap syaitan yang direjam" , mengandungi erti bahawa setiap jiwa kita sebelum melakukan aktiviti harus menyerahkan diri kepadaNya. Ucapan itu juga menunjukkan betapa besarnya harapan seorang hamba kepada Allah, kemudian berusaha untuk terhindar dari sesuatu yang dapat menyesatkan jiwa seseorang dari mengingat Allah...

Bacaan dan zikir yang terkandung dalam zikir Al-Ma'thurat terdapat beberapa keutamaan yang dijanjikan oleh Allah SWT terhadap utusanNya Nabi Muhamaad SAW. Hanya insan yang mengetahui betapa besarnya nilai doa dalam kehidupan jiwa sehingga menghayati dan mengamalkannya dalam kehidupan sehari.

Kelebihan membaca Al Mathurat:
1. Tidak dihampiri syaitan
2. Rumah dan keluarganya terselemat dari perkara yang tidak diingini.
3. Allah mencukupkannya apa yang sangat diperlukan dari urusan dunia dan akhirat.
4. Orang yang membacanya kemudian dia mati pada hari atau malam tersebut maka Allah akan menjamin untuknya syurga.
5. Selamat dari segala sesuatu.
6. Allah menyempurnakan nikmatnya ke atas orang yang membacanya.
7. Allah berhak untuk meredhainya
8. Tidak ada sesuatu yang mendatangkan mudarat ke atasnya.
9. Terhindar daripada syirik.
10. Selamat dari bisa atau sengatan semua makhluk yang beracun.
11. Dimudahkan menyelesaikan hutang-hutang.
12. Berhak untuk mendapat syafaat pada hari kiamat.
13. Sesiapa yang membaca di waktu pagi,akan dipelihara oleh allah hingga ke waktu petang.Dan sesiapa yang membacanya di waktu petang akan dipelihara hingga ke waktu pagi.
14.Mengamalkannya umpama mengamalkan Sunnah Rasulullah dari sudut zikir dan berdoa, dan berbagai lagi kelebihan.

Monday, December 19, 2011

Site Untuk Download Movie

http://jieazzmovie.net/
http://kerangsedut.net/
http://torrent.jiwang.cc/
http://jiwang.ws/
http://jiwang.org/
http://collb9.blogspot.com/
http://www.movies-games-and-music.com/
http://divxcrawler.com/
http://www.movie2b.com/
http://www.moviewatchlist.com/
http://www.syok.org/
http://akumuzikhampa.blogspot.com/
http://www.mediafire4u.com/
http://www.sedut.org/
http://www.teamaryzs.com/
http://www.sedut.org/
http://jiwang.net/
http://www.kraetiv.net/
http://www.ohcerita.com/
http://jiwang.net/
http://loadedmovies.com/
http://www.youtube.com/movies
http://directdownloadheaven.blogspot.com/
http://tvmoviedownload.net/
http://iwatchfilm.com/
http://www.usharing.blogspot.com/
http://malaysiatvtube.blogspot.com/
http://thepiratebay.org/
http://mediafiremoviez.com/
http://www.moviesubtitles.org/
http://download2movies.com/
http://torrentz.eu/
http://www.ftmovie.com/
http://www.100kmovie.com/
http://www.movie4people.net/
http://www.likecinema.net/
http://www.downloadmoviesforfree.co/
http://www.soulfilms.com/
http://www.movies-tv.com/
http://all-movies.in/
http://movielab.tv/
http://www.torrentreactor.net/

Mengapa kita pilih mazhab Syafie?

Oleh DR. ABDUL HAYEI BIN ABDUL SUKOR (Akademi Pengajian Islam)
SOALAN: Mengapa umat Islam di Malaysia memilih mazhab Syafie, sedangkan dalam Islam ada empat mazhab yang semuanya harus diikuti. Bolehkah saya tukar mazhab saya dengan mazhab-mazhab selain Syafie atau saya terus mengikut al-Quran dan hadis tanpa terikat kepada mana-mana mazhab.

Dalam sesetengah mazhab, dikatakan ada masalah yang dikatakan pelik atau ganjil, misalnya air kencing unta suci dan boleh diminum sebagai ubat, harus makan sesetengah haiwan yang haram dimakan menurut mazhab Syafie seperti tupai dan lain-lain. Mengapa kita dilarang menyebar pendapat-pendapat ini. Bukankah semua mazhab itu betul dan boleh diamalkan. - ZUMASNI, Banting, Selangor.



Jawapan:
Saya mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kerana puan menunjukkan minat yang cukup tinggi untuk mendalami pemikiran ulama dan mazhab-mazhab fikah dalam Islam. Justeru keterbatasan ruangan, saya hanya mampu memberi maklum balas secara ringkas. Selebihnya puan disaran mengkaji buku-buku berkenaan sejarah perkembangan mazhab dan fikah Islam.

Sebaik-baiknya puan berusaha melanjutkan pelajaran secara formal hingga ke pringkat yang lebih tinggi dalam bidang-bidang seperti al-Quran dan al-hadis atau fikah perbandingan dan usul fikah di jabatan-jabatan berkenaan di universiti. Saya yakin kemusykilan puan akan terungkai dengan lebih banyak pendedahan dalam seminar dan perbincangan dalam bilik-bilik darjah dengan pensyarah-pensyarah berkenaan.
Bagaimanapun saya cuba berkongsi pendapat secara terbuka, tetapi tidak dapat memberi kata putus dalam sesuatu isu, seperti yang dicadangkan oleh Saudara Ibn Idris dari Kuala Lumpur dalam tulisannya dalam Utusan Melayu pada 27/8/2001. Saya mempunyai beberapa pandangan seperti berikut:
Pertama: Mazhab fikah dalam Islam tidak hanya terbatas kepada mazhab-mazhab Hanafi, Syafie, Hambali dan Maliki sahaja. Banyak lagi mazhab yang tersebar luas pada suatu ketika terdahulu seperti mazhab al-Layth Ibn Sa'd (94-175H.), Sufyan al-Thauri (97-161H.), al-Awza'i (88-157H.), Zaid Ibn Ali (80-122H.), Abu Ja'far Muhammad Ibn Ali (57-114H.), Ja'far al-Sadiq (80-148H.), Ibn Jarir al-Tabari (245-310H.) dan lain-lain. Mereka terkenal sebagai pemimpin mazhab pada suatu ketika terdahulu, kemudian berlaku ketandusan pengikut bagi mazhab mereka.
Sebelum tokoh-tokoh yang disebutkan, ramai juga yang disebut-sebut sebagai ahli fikah tabi'i yang terdiri daripada tokoh-tokoh seperti Sa'id Ibn al-Musayyab (13-94H.), Tawwus (33-106H.), `Ata (27-114H.), Ikrimah (25-105H.), dan lain-lain yang pernah mendapat didikan daripada madrasah Al-Sahabah (sekolah sahabat nabi). Mereka ini merupakan generasi yang menimba ilmu daripada sumber-sumber mata air yang jernih dan paling dekat dengan sumber wahyu, iaitu Nabi s.a.w. Bahkan sebelum tabi'in, nama-nama sahabat seperti Abu Bakar, Umar, Uthman, Aisyah dan lain-lain juga merupakan pemimpin mazhab yang tidak boleh dipandang remeh.
Kedua: Imam-imam Hanafi, Syafie, Hambali dan Maliki secara khusus, tidak pernah mengajak orang bertaklid kepada mazhab mereka, sebaliknya mengajak supaya kembali kepada al-Quran dan hadis sahih, mereka kerap mengingatkan orang yang berminat dengan pemikirannya supaya mengikuti hadis yang dijadikan dalil, iaitu apabila berlaku pertentangan antara hadis dan mazhab mereka. Peringatan ini bermakna, mereka tidak pernah mendakwa pemikiran atau mazhab mereka sebagai kebal dan tidak mungkin berlaku silap, atau dengan kata lain mereka tidak pernah mendakwa sebagai ma'sum (terpelihara) daripada salah silap.
Sepanjang yang diketahui, mereka adalah mujtahid yang mencari kebenaran setakat termampu. Jika benar dapatan yang mereka cari, mereka dijanjikan dua pahala, sebaliknya jika salah, mereka akan diberi satu pahala. Justeru mereka sebagai mujtahid, mereka kerap menarik balik pendapatnya, apabila ternyata kelemahan atau didapati hadis-hadis sahih menyatakan sebaliknya.
Beberapa pendapat
Atas dasar ini juga kita dapati, seorang imam mazhab mempunyai beberapa pendapat dalam satu-satu masalah. Imam Syafie sebagai contoh mempunyai dua mazhab, iaitu qadim (lama) ketika dia menetap di Iraq dan jadid (baru) setelah dia berpindah ke Mesir. Malah tidak ada suatu masalah fikah yang agak penting, kecuali ada beberapa riwayat daripada imam yang berijtihad dalam masalah itu. Imam Abu Hanifah juga dikatakan pernah menarik balik sebahagian pendapatnya beberapa hari sebelum beliau meninggal dunia. Demikian juga dengan Umar seperti yang dilaporkan, pernah mengeluarkan fatwa, kemudian mengeluarkan fatwa yang lain pada tahun berikutnya.
Imam Abu Hanifah mempunyai sahabat-sahabat yang dijadikan sebagai ahli mesyuaratnya, mereka sering berbeza pendapat dan fatwa, kerana ada dalil yang mendorong mereka berpegang kepadanya dan bukan dengan bertaklid kepada imam, atau mereka berbeza pendapat, kerana berbeza muslihat yang berlaku selepas kewafatan seseorang imam. Sesetengah penyelidik menyebutkan perbezaan seperti itu bukan sebenarnya berbeza mazhab, tetapi berbeza zaman dan suasana. Sedang dalilnya tetap dan tidak berubah.
Kerap kita dapati sesetengah ulama mazhab akur kepada pendapat sahabatnya, setelah ternyata dalil-dalil yang kuat, sebagai contoh, Imam Abu Yusuf, salah seorang sahabat Abu Hanifah yang ulung, pernah bertemu Imam Malik tokoh mazhab dan imam Dar al-Hijrah atau Maindah. Mereka berbincang tentang kadar gantang bagi pengeluaran zakat dan masalah Ahbas (hartanah wakaf) dan zaklat al-khadrawat (sayur-sayuran). Imam Malik menyatakan sebagaimana yang ditemuinya dalam hadis, lalu Abu Yusuf menjawab: Saya tarik balik pendapat yang pernah saya fatwakan sebelum ini, sambil menegaskan: Jika sahabat saya Abu Hanifah mengetahui hadis ini, nescaya beliau juga turut menarik balik fatwanya.
Demikianlah keikhlasan terhadap ilmu dan ijtihad kerana mencari kebenaran, bahkan semua pendapat tokoh-tokoh mazhab mengakui hakikat ini. Imam-imam dan ulama mujtahid lazimnya akur kepada hadis sahih yang ditunjuk kepada mereka, pengakuan Imam Abu Hanifah jelas menunjukkan keikhlasan beliau, apabila menyatakan pada akhir masalah yang diputuskan, katanya: Ini pendapat saya, jika ada pendapat lain yang lebih baik, kita terima yang lebih baik itu.
Imam Malik juga menyatakan pengakuan yang serupa, katanya: Saya adalah insan biasa, pendapat saya mungkin benar dan mungkin salah. Pamerkan pendapat saya pada al-Quran dan al-Sunah. Jika ia bertentangan, maka ambillah al-Quran dan hadis dan tolakkan pendapat saya. Berkata al-Syafie: Jika sebuah hadis itu sahih, padahal ia bertentangan pendapat saya, maka buangkan pendapat saya ke tepi dinding. Sebaliknya jika hujah kelihatan jelas, ambillah hujah itu dan anggaplah hujah itu pendapat saya juga.
Kata-kata Syafie ini membuka satu ruang baru bagi pengikut-pengikut mazhab Syafie, iaitu jika mereka kembali kepada hadis sahih, mereka masih juga bermazhab Syafie. Tidak ada pertentangan sebenar antara Syafie dan hadis sahih.
Tidak ada sebab mengapa kita tidak boleh bertukar mazhab, jika kita mempunyai pengetahuan yang cukup tentang al-Quran dan hadis, kira-kira dapat menilai antara mazhab yang ada, mana yang kuat dan mana yang lemah berpandukan dalil dan pertimbangan yang ikhlas, malah kita boleh berijtihad sendiri dan mengamalkan hasil ijtihad kita. Para imam ada membuat pengakuan bagi mazhab masing-masing, kata mereka: Pendapat saya adalah kebenaran yang mungkin salah, pendapat orang lain pula kesalahan yang mungkin betul. Pengakuan ini menunjukkan tidak wajib kita mengikut mazhab-mazhab tertentu atau sesuatu mazhab itu istimewa daripada yang lain.
Ketiga: Sesetengah orang berpendapat, wajib bertaklid atau mengikut mana-mana imam daripada salah seorang imam antara empat imam itu. Saya berpendapat, pendapat ini tidak tepat. Alasan-alasan berikut boleh dikemukakan.
a. Allah hanya mewajibkan taat kepada Allah dan rasul-Nya sahaja, tetapi tidak mewajibkan mereka mentaati orang tertentu selain nabi, termasuklah pemimpin mazhab. Ini kerana selain nabi, tiada yang dilindungi daripada dosa atau ma'sum (terpelihara). Justeru, Imam Malik menyatakan: Semua orang boleh diterima atau ditolak pendapatnya, kecuali Rasulullah s.a.w.
b. Imam-imam atau pemimpin mazhab itu sendiri melarang orang mengikut atau bertaklid kepada mereka secara membuta tuli. Saya fikir mereka tidak pernah menduga pada masa hayatnya, pada suatu hari nanti pendapatnya diikuti orang sehingga beratus-ratus juta manusia, seperti yang kita saksikan hari ini.
Imam-imam mazhab sering mengingatkan orang ramai supaya belajar dan belajar sehingga dapat membezakan antara pendapat mana yang lemah dan mana yang kuat. Kata Imam Syafie, bandingan orang yang mencari ilmu tanpa dalil (pegangan), samalah dengan pencari kayu api dalam belukar, jangan-jangan ada ular sedang menunggu, sedangkan ia tidak mengetahuinya.
c. Bertaklid kepada mana-mana mazhab atau bertaksub kepadanya adalah suatu amalan yang bertentangan dengan yang pernah diamal oleh ulama salaf dalam beberapa abad pertama, mereka menerima atau menolak sesuatu pendapat berpandukan hujah dan alasan, sama ada hadis atau pendapat sahabat yang pernah menyaksi amalan Nabi s.a.w., mereka sebagai contoh, pernah menerima pendapat Umar Ibn al-Khattab, kemudian dalam masalah yang lain pula menerima pendapat Ali dan menolak pendapat Umar. Hal ini tidak menjadi suatu kekurangan pada mereka.
Ini bermakna tidak ada sekatan mazhab dalam syariat ini, asalkan kita dapat merujuk dengan baik kepada al-Quran dan al-Sunah. Kita tidak menimbangkan kebenaran itu kerana tokoh, tetapi tokoh itu ditimbang kerana alasan dan kebenaran pada pihaknya. Pertimbangan dengan melihat tokoh, hanya berlaku setelah malapnya cita-cita memperkayakan diri dengan ilmu, dengan itu tumpuan kepada ilmu sudah begitu malap dan tidak lagi berwibawa.
Keempat: Menolak pendapat atau menyalahi pandangan umum bagi empat mazhab ini, tidak boleh dianggap suatu kecacatan berlaku dalam sesuatu pegangan mazhab, tidak pula menjatuhkan kedudukan mereka sebagai mujtahid. Jika Imam Malik dan Imam al-Layt pernah mengungkap bahawa para sahabat ada kemungkinan tersalah, maka apa lagi dengan mujtahid dan imam-imam selain sahabat.

KENAPA BIASANYA USTAZ DI MASJID ADA JUGA MENJELASKAN TENTANG MAZHAB LAIN SEWAKTU KULIAH.ADAKAH ITU TANDANYA KITA BOLEH BERPEGANG PADA MAZHAB LAIN?

Penjelasan ini sebagai pengetahuan tambahan kepada pengikut mazhab syafie.Diantara tujuannya adalah :

a)Supaya kita tidak mencela orang lain(jika berada di luar negara)sekiranya ternampak amalan
Islam yang berbeza antara kita dengan mereka.
b)Amalan2 yg bukan dari pandangan2 ulama dapat kita kenali sebagai amalan yg tidak betul.
c)Dalam keadaan kesukaran kita boleh bertaklid kepada pandangan ulamak2 mazhab lain.

BOLEHKAN JIKA INGIN MENUKAR MAZHAB?

Mengikut beberapa pendapat,bolehlah berpegang pendapt selain pendapat syafie dengan syarat

a)pemilihan selepas mendalami sepenuhnya mazhab yang ingin dipilih melalui berguru dengan guru mazhab tersebut.
(ada ke ustaz mazhab lain kt malaysia ni?hehe..)

b)pemilihan bukanlah disebabkan untuk memudah-mudahkan kan Islam tetapi selepas pemahaman yang mendalam tentang mazhab tersebut.(bukan maen dengar je pendapat mazhab lain kemudian terus nk amalkan)

BOLEHKAH BERPEGANG PADA MAZHAB LAIN JIKA DARURAT?

Kita hanya dibenarkan keluar dari mazhab yang dipegang atas dasar darurat yang memaksa kita untuk memilih pandangan mazhab lain.Contohnya sewaktu menunaikankan tawaf dan bersentuhan antara lelaki dan perempuan kerana terlalu ramai.Dalam hal ini bolehlah berpegang kepada mazhab lain iaitu tidak membatalkan wuduk kerana ianya termasuk dalam situasi darurat dan telahpun disepakati oleh ulama-ulama mazhab syafie akan kelonggaran dalam hal ini.Namun tidak dalam segala hal boleh dicampur aduk soal mazhab.